KUALA LUMPUR, 15 Jun: Pada 31 Mei lalu, seramai sembilan sukarelawan dari Turki telah syahid sewaktu dalam perjalanan menghantar bantuan kemanusiaan kepada saudara seagama di Palestin. Mereka dibunuh oleh tentera Israel laknatullah ketika angkatan kuffar itu menyerang kapal Turki M.V. Mavi Marmara yang sedang dalam misi menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza, Palestin yang sedang dikurung dalam sebuah penjara yang sungguh besar. Berikut merupakan senarai syuhada yang telah gugur sepanjang misi menyampaikan bantuan tersebut sebagaimana laporan laman web Haluan Palestin: 1. Ibrahim Bilgen, 61, seorang jurutera elektrik dari Siirt, Turki. Ahli Chamber of Electrical Engineers di Turki, berkahwin dan mempunyai enam orang anak. 2. Ali Haydar Bengi, 39, dari Diyarbakir. Graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Telah berkahwin dan mempunyai empat cahaya mata. 3. Cevdet Kiliçlar, 38, Seorang wartawan dari Kayseri, Turki. Telah berkahwin dan mempunyai dua orang putera. 4. Çetin Topçuoglu, 54, dari Adana, Turki. Pemain bola amatur dan jurulatih taekwondo yang melatih atlet taekwondo Turki. Berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata. 5. Necdet Yildirim, 32, dari Malatya, Turki. Berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan berusia tiga tahun. 6. Fahri Yaldiz, 43, seorang ahli bomba di Adiyaman, Turki. Telah berkahwin dan mempunyai empat orang anak. 7. Cengiz Songür, 47, dari Izmir, Turki. Berkahwin dan mempunyai tujuh orang anak. 8. Cengiz Akyüz, 41, dari Iskenderun, Turki. Berkahwin dan mempunyai anak berusia 14, 12 dan 9 tahun. 9. Furkan Dogan, 19, as-syahid termuda dalam kalangan yang syahid, merupakan pelajar Kayseri High School. Anak kepada Dr. Ahmet Dogan, seorang professor di Erciyes University. Warganegara Turki-Amerika dan mempunyai dua adik beradik. |
Proses Membina Minda Perkasa Memerlukan Proses Memperkasakan 4 dimensi Manusia yang utama iaitu IQ (Minda Perkasa) + EQ (Emosi Perkasa) + SQ (Rohani Perkasa) + PQ (Fisiologi Perkasa) MAKA wujudlah 10 Bakat n Potensi Kecerdikan Yang Hebat.....iaitu Fikrah, Rabbani, Emosi Personaliti, Jasadi, Mata Sakti, Auditori Hikmah, Bicara Mutiara, Galaksi, MST dan P.A.K.S.I Yakinilah Bahawa Anda Unik, Hebat, Fakiih dan Mampu Berjaya
16.6.10
Kenali 9 syuhada Mavi Marmara
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Waris Puteri Saadong tak diiktiraf Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN rodelio.taucan@utusan.com.my Nik Yusuf Nik Muhamad (kiri) menunjukkan s...
-
You can download your previously Live broadcasts in two ways: from your Page and from Creator Studio. The videos are downloaded as .MP4 ...
-
Raih ilmu baru setiap hari >>Oleh Wan Asrudi Wan Hasan wanasr@hmetro.com.my Rap MENGATASI perasaan takut berdepan dengan kame...
No comments:
Post a Comment